欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Galak IPT China, AS Tingkatkan Pertukaran dan Kerjasama Pendidikan

(CRI)Khamis 06 Jun 2024

Presiden China, Xi Jinping menggalakkan institut pengajian tinggi (IPT) dari China dan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan pertukaran dan kerjasama, menyumbangkan tenaga bagi merapatkan persahabatan kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian dalam surat balasnya kepada Presiden Universiti Kean AS, Lamont Repollet baru-baru ini.

Xi menyatakan, beliau menyaksikan upacara penandatanganan tertubuhnya Universiti Kean Wenzhou yang diusahakan bersama kedua-dua negara pada 2006. Pada masa ini, universiti itu telah mencapai kecemerlangan dan menjadi projek tanda dalam kerjasama pendidikan kedua-dua negara.

Xi berkata, hubungan antara China dengan AS berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara malah masa depan manusia. Manakala pertukaran dan kerjasama pendidikan bermanfaat bagi komunikasi dan hubungan rakyat kedua-dua negara khususnya generasi muda dan ia projek untuk masa depan hubungan dua hala.

Beliau berharap IPT dari kedua-dua negara meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bentuk, memupuk duta kecil yang saling memahami, dan membina lebih banyak jambatan untuk merapatkan hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan