欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

PM Li Bertemu Wakil Komuniti Perniagaan New Zealand

(CRI)Isnin 17 Jun 2024

Perdana Menteri China Li Qiang bertemu wakil komuniti industri dan perniagaan New Zealand di Auckland petang Jumaat.

Li berkata China sedang menggerakkan modenisasi ala China menerusi pembangunan berkualiti tinggi. Penaiktarafan struktur ekonominya dari segi perbelanjaan, industri dan perdagangan akan membawa peluang baharu kepada pembangunan dunia.

China komited terus memperluas akses pasaran, menyediakan persekitaran perniagaan terbaik yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa, di samping memberi lebih banyak sokongan dan kemudahan kepada syarikat asing yang datang melabur.

Pertemuan itu dihadiri wakil dari kira-kira 20 dewan perniagaan serta perusahaan New Zealand termasuk Dewan Perniagaan Auckland dan Persatuan Perdagangan China New Zealand (NZCTA).

Video

Berita Berkaitan