欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

NEV China Pilihan Pemuda Melayu

Satu rombongan dari People’s Daily Online berkesempatan melihat sendiri bagaimana kenderaan tenaga baharu (NEV) dihasilkan ketika berkunjung ke kilang kereta BYD di Zhengzhou pada 12 Jun, dalam rangka lawatan di provinsi Henan.

Dimaklumkan, kini sudah mula terbentuknya rantaian industri kenderaan penumpang tenaga baharu BYD di provinsi itu. Hasil pelaksanaan projek berkenaan, kira-kira 202,000 unit kenderaan siap dipasang setakat hujung Disember 2023, menyumbang sebanyak 33.5 bilion yuan kepada nilai output industri. Rantaian industri dan bekalan yang lengkap dan stabil turut memacu proses pengglobalan NEV China.

Syukri, pakar asing dari Malaysia yang bekerja di People’s Daily Online, menyatakan bahawa kenderaan tenaga baharu China sudah tidak asing lagi bagi orang Malaysia.

“Di Kuala Lumpur, kereta BYD kerap dilihat di jalanan. Pada masa ini, terdapat dua model BYD yang ada di pasaran Malaysia, dan kawan saya membeli salah satu daripadanya,” kata Syukri.

Selepas memandu uji sebuah SUV tenaga baharu di lokasi, Syukri dengan teruja memberitahu bahawa itulah kali pertama dia mengendalikan sebuah NEV.

“Bagi saya, ia hijau, mesra alam, lebih senyap, dan daya pecutannya baik. Pengalaman yang cukup bagus! Kalau saya hendak membeli kereta nanti, inilah yang akan menjadi pilihan pertama saya.”

Video

Berita Berkaitan