欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Senarai Pemenang Anugerah Golden Goblet SIFF Diumumkan

(CRI)Isnin 24 Jun 2024

Senarai pemenang anugerah Golden Goblet telah diumumkan dalam Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-26 yang diadakan di bandar Shanghai, China pada Sabtu. “The Divorce” dari Kazakhstan memenangi anugerah Filem Terbaik, manakala Omarova Amira yang berlakon dalam filem itu dianugerahi "pelakon wanita terbaik".

Terdapat 14 filem dari dalam dan luar negara China yang muncul sebagai pemenang anugerah Golden Goblet bagi pelbagai kategori pada malam semalam.

Antaranya, Bakur Bakuradze dinobatkan dalam pertandingan Pengarah Terbaik dengan karyanya yang bertajuk "Snowflakes in My Yard" terbitan bersama Georgia dan Russia, anugerah Jury Grand Prix dibawa pulang oleh ''Adult" dari Argentina, dan "The Wasteman" dari Iran menggondol anugerah Pencapaian Kesenian Unik.

Selain itu, pelakon lelaki China, Huang Xiaoming berjaya mendapat anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dengan karyanya "Dont't Worry, Be Happy", "The Hedgehog" keluaran China dianugerahi Penulis Skrip Terbaik, dan "A Man and a Women" yang juga sebagai filem domestik mendapat angugerah Penggambaran Terbaik.

SIFF merupakan satu-satunya festival filem antarabangsa kelas A di China. Selain majlis penyampaian anugerah Golden Goblet, acara-acara lain termasuk Forum Filem Golden Goblet dan Minggu Filem 'Jalur & Laluan' juga diadakan.

Tempoh penayangan filem semasa SIFF yang berlangsung hingga 23 Jun akan menyaksikan penglibatan 461 filem dari China dan seberang laut.

Video

Berita Berkaitan