欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Tambah Peruntukan RMB45 juta, Pulihkan Jalan Rosak Akibat Banjir

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 01 Julai 2024

Kementerian Kewawangan China pada Ahad mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RMB45 juta (AS$6.31 juta) bagi tujuan pemulihan segera jalan yang rosak akibat banjir.

Menurut pengumuman itu lagi, dana yang diperuntukkan secara bersama oleh kementerian itu dan Kementerian Pengangkutan tersebut akan digunakan segera untuk memulihkan jalan di Anhui, Hubei, Chongqing dan Heilongjiang.

Terdahulu, kedua-dua kementerian itu telah memperuntukkan sejumlah RMB105 juta kepada Guangdong, Guangxi, Zhejiang, Fujian, Jiangxi, Hunan dan Guizhou dalam usaha pemulihan jalan secara segera.

Difahamkan, dana itu antara lainnya turut bertujuan untuk menyokong pihak berkuasa tempatan dalam memastikan trafik selamat semasa musim banjir.

Untuk rekod, hujan yang berterusan telah melanda kebanyakan wilayah selatan China pada musim panas ini, sekali gus merosakkan jalan dan bangunan, serta turut mengakibatkan kematian.

Pihak berkuasa berkait meteorologi dan sumber air China pada petang hari sama juga mengulangi amaran merah, iaitu amaran tahap tertinggi terhadap arus gunung apabila ribut hujan berlaku dipelbagai tempat di China.

Video

Berita Berkaitan