欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah kepada Forum Pembangunan Hijau SCO

(CRI)Isnin 08 Julai 2024

Presiden China, Xi Jinping telah mengucap tahniah kepada Forum Pembangunan Hijau Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) pagi tadi.

Menurut Xi, melindungi alam ekologi dan mendorong pembangunan hijau merupakan konsensus dicapai anggota SCO.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China konsisten dalam mengamalkan konsep "Gunung Hijau dan Air Jernih Sama seperti Gunung Emas dan Perak" ketika memperjuangkan matlamat pembangunan yang holistik yang menekankan perlindungan ekologi alam, di samping berusaha melimpahkan rezeki rakyat sehingga mencapai hasil yang cemerlang dalam pelaksanaan skim 'China Indah'.

"China berharap agar melalui forum kali ini meningkatkan kerjasama dan interaksi dengan pelbagai pihak dalam bidang pembangunan hijau yang dipercayai kondusif bagi pembangunan mampan sosioekonomi pelbagai negara dan mewujudkan simbiosis antara manusia dengan alam dalam suasana harmoni," kata Xi.

"SCO adalah satu contoh bagi kerjasama serantau dan hubungan antarabangsa model baharu. Baru-baru ini, China sebagai pengganti telah menyandang jawatan negara pengerusi bergilir SCO, dan bersedia bersama dengan pelbagai pihak untuk terus menggalakkan 'Semangat Shanghai'. Selain berintegriti mengintensifkan kerjasama dan penyelarasan, negara ini juga komited mendorong pembangunan hijau supaya dapat menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib SCO yang lebih padu" tambah beliau.

Forum yang telah membuka tirai di bandar Qingdao, provinsi Shandong pagi tadi itu mengangkat tema "berganding bahu memacu pembangunan hijau, wujudkan simbiosis antara manusia dengan alam dalam suasana harmoni".

Video

Berita Berkaitan