欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Mahu Majukan Perkhidmatan Awam Dalam Sektor Pelancongan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 08 Julai 2024

Pelancong menonton persembahan yang dipentaskan oleh penduduk tempatan di Kampung Huangluo di Kaunti Longsheng, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, 26 Jun 2024. (Xinhua/Zhang Ailin)

Pelancong menonton persembahan yang dipentaskan oleh penduduk tempatan di Kampung Huangluo di Kaunti Longsheng, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, 26 Jun 2024. (Xinhua/Zhang Ailin)

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (MCT) memaklumkan bahawa China akan mewujudkan sistem perkhidmatan awam pelancongan yang cekap, dengan menampilkan struktur lengkap, standard yang kukuh, operasi lancar dan kualiti tinggi menjelang tiga hingga lima tahun akan datang.

Menurut garis panduan yang dikeluarkan secara bersama oleh MCT dan lapan jabatan lain mengenai penambahbaikan perkhidmatan awam pelancongan itu bertujuan bagi meningkatkan kapasiti untuk menyediakan perkhidmatan awam pelancongan di kawasan yang lemah, pada waktu puncak dan untuk golongan berkeperluan khas.

Difahamkan, ia adalah bagi memastikan sistem itu serasi dengan pembangunan berkualiti tinggi sektor pelancongan.

Memetik garis panduan itu lagi, susun atur pusat pelancongan harus dioptimumkan dan perkhidmatan dalam talian untuk maklumat pelancongan perlu dipertingkatkan, selain turut meminta agar perhatian diberikan kepada pembinaan infrastruktur dan perkhidmatan pengangkutan pelancongan.

Menyentuh mengenai penambahbaikan kepada perkhidmatan awam untuk pelancongan masuk, garis panduan itu juga menetapkan usaha-usaha bagi meningkatkan perkhidmatan menyelamat kecemasan dalam sektor pelancongan, serta menggalakkan pembangunan bersepadu perkhidmatan kebudayaan awam dan perkhidmatan pelancongan awam.

MCT turut berikrar untuk berusaha mengkaji dan merumuskan piawaian yang relevan terhadap perkhidmatan awam pelancongan, serta mewujudkan mekanisme penyeliaan dan pengurusan yang tetap.

Video

Berita Berkaitan