欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Taman Tema Ais dan Salji Tertutup Terbesar di Dunia Dibuka di Harbin

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 08 Julai 2024

Pelancong yang melawat Harbin, "Bandar Ais" di provinsi paling utara China, iaitu Heilongjiang, kini mempunyai tarikan baharu untuk diterokai.

(foto/Xinhua)

(foto/Xinhua)

Bermula Sabtu lalu, sebuah taman tema ais dan salji tertutup telah dibuka dengan keluasan pembinaan 23,800 meter persegi. Taman tersebut juga telah merangkul Rekod Dunia Guinness sebagai taman tema ais dan salji terutup terbesar di dunia.

Menurut pengurus taman itu, kemudahan itu menampilkan sembilan kawasan bertema yang mempamerkan arca ais hidup yang diterangi oleh pencahayaan berwarna-warni. Taman tema ini mengekalkan suhu tetap untuk menyesuaikan pengunjung sepanjang tahun.

Taman tesebut merupakan pelengkap kepada Dunia Ais dan Salji Harbin, sebuah taman tema ais dan salji luar mercu tanda seluas 810,000 meter persegi, sekali gus mengubah Harbin menjadi destinasi peranginan sepanjang musim.

Harbin, dengan musim sejuknya yang sangat dingin, kebiasaannya meriah dengan perayaan ais dan salji tahunannya.

Untuk rekod, Dunia Ais dan Salji Harbin menerima purata lebih 30,000 pengunjung setiap hari pada musim sejuk lalu.

Video

Berita Berkaitan