欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kualiti Alam Sekitar di Perairan Pulau Huangyan Sangat Baik

(CRI)Rabu 10 Julai 2024

Laporan Penyiasatan dan Penilaian mengenai Ekologi Alam di Perairan Pulau Huangyan dikeluarkan hari ini, dan perincian berkenaan turut didedahkan dalam satu sidang media yang diadakan oleh Kementerian Ekologi dan Persekitaran (MEE) China.?

Menurut hasil 'check-up' yang pertama terhadap perairan pulau Huangyan itu, kualiti alam adalah sangat baik dan ekosistem terumbu karang berada dalam keadaan sihat.

Dimaklumkan bahawa satu pasukan penyiasat profesional yang terdiri daripada kakitangan dari tiga jabatan di bawah MEE, iaitu Insititut Huanan, Pusat Laut dan Pusat Pemantauan dan Penyelidikan Sains Biro Sungai Mutiara & Laut China Selatan, telah menjalankan tinjauan secara sistematik terhadap ekologi alam di perairan pulau Huangyan yang merangkumi kualiti air laut, kualiti sedimen, kualiti biologi, sampah sarap di laut serta komuniti karang, ikan terumbu dan kelompok biologi yang tipikal pada bulan April hingga Mei lalu.

Selain itu, atas kerjasama dengan dua makmal utama dari Universiti Guangxi dan Institut Pengajian Oseanografi Laut China Selatan Akademi Sains China, pasukan penyiasat tersebut juga telah menjalankan penganalisisan dan penilaian secara komprehensif terhadap hasil tinjauan yang pernah dibuat terhadap pulau Huangyan sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Video

Berita Berkaitan