欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Filipina Didesak Tarik Balik Kapal Perang yang "Bersarang" di Ren'ai Jiao

(CRI)Khamis 11 Julai 2024

China mendesak Filipina untuk menarik balik satu kapal perang yang sudah uzur yang sengaja "bersarang" di perairan Ren'ai Jiao supaya dapat mengelakkan ekologi alam di sekitar perairan itu daripada terjejas tanpa berhenti.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata demikian semalam.

Lin berkata, China mengambil berat terhadap ekologi terumbu karang di kepulauan Nansha yang termasuk Ren'ai Jiao, dan sejak sekian lama bertindak pantas dalam mempergiatkan perlindungan terbabit.

"Faktor gangguan dari satu kapal perang Filipina yang sengaja 'bersarang' di perairan Ren'ai Jiao dan kegiatan berkenaan menjadi sebab ekosistem terumbu karang di sekitarnya terjejas teruk. Kesimpulan yang dibuat berdasarkan kenyataan objektif dan siasatan saintifik ini terkandung secara hitam putih dalam dua laporan China yang dikeluarkan baru-baru ini. Filipina didesak menarik balik kapal perangnya yang 'bersarang' di perairan Ren'ai Jiao demi matlamat perlindungan ekologi alam di sekitarnya," kata Lin.

Video

Berita Berkaitan