欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Hubungan Mesra Rakyat China-Malaysia Tambah Semangat Perkongsian

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 16 Julai 2024

Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), berucap pada forum perkongsian kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kuala Lumpur, Malaysia, 15 Julai 2024. (Foto/Xinhua)

Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), berucap pada forum perkongsian kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kuala Lumpur, Malaysia, 15 Julai 2024. (Foto/Xinhua)

Keterlibatan mesra antara rakyat China dan Malaysia dilihat menambah semangat kepada hubungan perkongsian Malaysia-China, sekali gus merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Demikian ujar Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz pada forum perkongsian kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Menurutnya, kini terdapat ribuan pelajar Malaysia yang menuntut di China, dan terdapat sejumlah besar kemasukan pelancong dari China ke Malaysia, yang membolehkan mereka mendekati Malaysia secara langsung.

Zafrul berkata bahawa perdagangan antara kedua-dua negara itu bukan sekadar berkisar kepada angka, tetapi juga manfaat yang dibawanya kepada rakyat biasa.

Jelasnya, eksport Malaysia ke China seperti elektrik dan elektronik, barangan perlombongan, gas asli cecair, minyak sawit, serta getah mendapat sambutan yang baik, manakala pelaburan China pula memacu pertumbuhan Malaysia dalam sektor infrastruktur, teknologi dan pembuatan.

Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dalam ucapannya pula berkata bahawa China dan Malaysia menikmati pertukaran mesra antara rakyat yang meluas, serta komited untuk saling menghormati dan belajar tentang perbezaan tamadun, selain mempertingkat kerjasama.

"Kami akan mengukuhkan kepercayaan bersama strategik, terus mengutamakan hubungan dua hala kami dalam dasar luar masing-masing, memahami dan menyokong kepentingan teras dan isu utama masing-masing," katanya.

Ouyang turut menambah bahawa dasar pengecualian visa baru-baru ini mendapat sambutan hangat oleh kedua-dua pihak, serta merancakkan pelancongan.

Dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Kemanusiaan Asia Tenggara, sesi forum tersebut dianjurkan sempena ulang tahun ke-50 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia, dan ia akan turut diadakan di negeri lain di Malaysia.

Video

Berita Berkaitan