欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Mesyuarat Tergempar UNSC Bincang Situasi Yaman

(CRI)Selasa 23 Julai 2024

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan mesyuarat tergempar mengenai situasi di Yaman pada Isnin.

Wakil Tetap China ke PBB Fu Cong berkata ketegangan di Yaman memperlihatkan kesan limpahan konflik di Gaza semakin meningkat.

China menyeru supaya pihak-pihak terbabit kekal bertenang dan menahan diri bagi mengelak situasi daripada terus meruncing malah sampai tidak terkawal.

Fu berkata kegagalan melaksanakan gencatan senjata di Gaza antara punca yang menyebabkan situasi di rantau Asia Barat semakin memburuk.

Israel digesa melaksanakan sepenuhnya resolusi UNSC berkenaan dan segera menghentikan semua operasi ketenteraan serta hukuman kolektif ke atas penduduk Gaza.

Beliau menambah isu Palestin merupakan teras kepada isu Asia Barat dan pelaksanaan formula 'penyelesaian dua negara' adalah satu-satunya jalan keluar bagi merungkai isu berkenaan.

Video

Berita Berkaitan