欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Jenama China Jadi Pendahulu Jualan Kereta di Sepanyol

Kereta keluaran MG Motor iaitu MG ZS yang juga jenama pembuat kereta China SAIC Motor, mendahului jualan kereta di Sepanyol pada Julai, menurut data yang diterbitkan oleh industri automotif Sepanyol pada Khamis.

Menurut Persatuan Pengeluar Kereta Sepanyol (ANFAC), Persatuan Pengedar sektor Automotif (FACONAUTO) dan Persatuan Pengedar Kereta (GANVAM) sepanjang bulan itu, sejumlah 2,619 unit MG ZS berjaya dijual, mewakili bahagian pasaran sebanyak 8.69 peratus.

Difahamkan, model elektrik bagi kereta jenama China yang sama iaitu MG4 pula merupakan produk terlaris kedua dalam kategorinya di Sepanyol. Ia terjual sebanyak 303 unit, sekali gus mewakili bahagian pasaran sebanyak 7.92 peratus, dengan pertumbuhan jualan mencatat hampir enam peratus sejak tahun lalu.

Memetik data yang dikeluarkan tersebut, kenaikan tersebut berlaku tatkala penjualan kereta elektrik di Sepanyol menurut sebanyak 4 peratus.

Dalam sektor kenderaan yang menggunakan petrol, kereta China jenama Chery model Omoda 5 telah menjadi kereta ketujuh paling laris dalam kategorinya meskipun hanya berada di dalam pasaran Sepanyol kurang daripada setahun.

Pada Julai, pasaran kereta Sepanyol meningkat 3.4 peratus, dengan jumlah terjual sebanyak 83.979 unit, secara tidak langsung mencerminkan trend kenaikan pada beberapa bulan kebelakangan ini.

Video

Berita Berkaitan