欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Lokalisasi Pengendalian HSR Jakarta-Bandung Sangat Mengujakan

(CRI)Sabtu 03 Ogos 2024

China bersedia bekerjasama dengan Indonesia untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam pengoperasian kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung, kata Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media di Beijing pada Jumaat.

Syarikat Kereta Api Indonesia China (KCIC) pada mutakhir ini mengumumkan bahawa sudah terdapat pemandu warga Indonesia yang mampu memandu HSR Jakarta-Bandung yang kelajuan maksimumnya boleh mencecah 350 kilometer sejam.

Ini menandakan satu kemajuan besar yang dicapai dalam pelaksanaan projek yang berkenaan pada aspek latihan kakitangan operasi dan penyelenggaraan (O&M), yang dilihat sebagai satu asas kukuh bagi Indonesia untuk membolehkan lokalisasi O&M secara mandiri.

"Kini, China telah menyelesaikan latihan kelayakan untuk lebih 160 kakitangan projek HSR Jakarta-Bandung termasuk pemandu HSR.

"Ini bukan sahaja merupakan satu contoh yang baik dalam kerjasama China-Indonesia yang saling menungtungkan, tetapi juga menunjukkan pelbagai konsep Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan 'bermuafakat, membina bersama dan berkongsi'," ujar Lin.

Video

Berita Berkaitan