欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah kepada To Lam

(CRI)Isnin 05 Ogos 2024

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping hari ini mengutus kawat tahniah kepada To Lam, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPV) terpilih.

Xi yakin dengan pimpinan Jawatankuasa Pusat CPV yang padu, CPV dan rakyat Vietnam akan mencapai matlamat dan menyelesaikan tugas yang ditetapkan Kongres Kebangsaan CPV ke-13 dengan jayanya, mendorong dengan stabil kerja persiapan bagi Kongres Kebangsaan CPV ke-14, dan meneruskan kemaraan sebelum ketibaan ulang tahun ke-100 bagi CPV dan negara Vietnam.

"China dan Vietnam, dua negara sosialis yang bersemangat kejiranan, telah mengumumkan untuk membina komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara yang membawa makna strategik ketika saya mengadakan lawatan ke Vietnam pada bulan Disember tahun lalu. Ini merupakan satu lembaran baharu dalam hubungan Parti dan negara bagi kedua-dua pihak," kata Xi.

"Saya bersedia bersama-sama dengan To Lam membimbing pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam, terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, menambah komunikasi strategik, dan bertindak pantas dalam menggerakkan kerjasama demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara bahkan kedamaian dan kemajuan manusia," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan