欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tingkatkan Perlindungan Warisan Budaya dan Alam: Xi

(CRI)Selasa 06 Ogos 2024

Presiden China, Xi Jinping mahu usaha dipertingkatkan untuk melindungi warisan budaya dan alam di negara ini.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyenaraikan "Paksi Tengah Beijing: Contoh Cemerlang Susun Atur Ideal Ibu Kota China", "Padang Pasir Badain Jaran -- Kumpulan Pasir dan Tasik", serta "Tempat Habitat Burung Hijrah di Pesisir Pantai Laut Kuning-Teluk Bohai China (Fasa II)" sebagai warisan dunia dalam sesi ke-46 Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang diadakan di New Delhi, India pada Julai lalu.

Xi dalam arahannya berkata, pengiktirafan UNESCO terhadap tapak warisan dunia di China tersebut membawa erti positif bagi pembinaan pemodenan ala China yang berpaksikan kemajuan selari tamadun material dan tamadun rohani, serta keharmonian antara manusia dan alam.

Xi juga menekankan pentingnya untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang warisan budaya dan alam, mengambil tindakan praktikal untuk menyumbang kepada pelaksanaan Inisiatif Peradaban Global dan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan