欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Laporan Kumpulan Pemikir Huraikan Langkah China Perkasakan Pembaharuan

(CRI)Selasa 06 Ogos 2024

Kumpulan pemikir dari China, Rusia, Kanada dan India mengeluarkan laporan yang disusun bersama pada Isnin, menghuraikan keazaman tegas China dalam memperkasakan pembaharuan dan pintu terbuka.

Laporan pengajian itu bertajuk “Mengatasi Kesukaran: Memperkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif dan Proses Keterbukaan Bertaraf Tinggi di China pada Era Baharu, Prospek China 2029 dan 2035”.

Ia merumuskan langkah-langkah China untuk meningkatkan pembaharuan dan mengatasi kesukaran sejak Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) sebagai dalam enam kategori, iaitu menghapuskan kemiskinan, meningkatkan keterbukaan, mengurangkan pencemaran, memerangi rasuah, menentang hegemoni, dan mengatasi krisis.

Laporan itu berpendapat, langkah China dalam enam kategori tersebut telah mencapai hasil yang memberangsangkan, sementara misi meningkatkan pembaharuan dan mengatasi kesukaran di China mencapai kemajuan besar.

Laporan itu akan membantu masyarakat antarabangsa lebih memahami isyarat penting yang dikeluarkan sidang pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC yang diadakan baru-baru ini.

Video

Berita Berkaitan