欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Jinping Ucap Tahniah kepada Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam

(CRI)Jumaat 09 Ogos 2024

Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Tharman Shanmugaratnam sempena Hari Kebangsaan ke-59 republik itu, pada hari ini.

Xi dalam perutusan tahniahnya berkata, Singapura mengekalkan jalan pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan sendiri sehingga mengecapi hasil cemerlang dalam pembangunan negara dalam tempoh 59 tahun lalu.

"China dan Singapura merupakan jiran bersahabat dan rakan kongsi yang penting.

"Dalam usaha memajukan proses modenisasi, kedua-dua negara saling belajar, bekerjasama dan mencapai kebaikan bersama. Ini bukan sahaja memacu pembangunan negara masing-masing, malah juga menyumbangkan penggerak bagi kerjasama serantau," kata Xi.

Beliau berharap kedua-dua negara dapat meningkatkan hubungan perkongsian berorientasikan masa depan dalam seluruh aspek dan berkualiti tinggi, menggalakkan hubungan dua hala maju ke hadapan agar membawa lebih banyak limpahan manfaat kepada rakyat, sekali gus menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada kedamaian dan kemakmuran serantau.

Video

Berita Berkaitan