欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Projek Rawatan Air China, Pemenang "Anugerah Inovasi Global" IWA 2024

(CRI)Khamis 15 Ogos 2024

Kongres dan Pameran Air Dunia (WWCE) anjuran Persatuan Air Antarabangsa (IWA) telah diadakan di Toronto, Kanada dari 11 hingga 15 Ogos waktu tempatan. "Anugerah Inovasi Global" 2024 tajaan IWA disampaikan kepada satu projek penaiktarafan di satu loji rawatan air kumbahan China pada 13 Ogos.

Untuk perincian, projek yang bertemakan "Teknologi Inspiratif dan Perubahan Pasaran: Loji Berkonsepkan Sumber Air Kumbahan China" itu, juga memenangi Anugerah Emas dalam kategori Teknologi Air yang Mengubah Pasaran dan Infrastruktur di bawah "Anugerah Inovasi Projek".

Terdapat enam kategori di bawah "Anugerah Inovasi Projek", dengan setiapnya dilengkapi tiga anugerah iaitu emas, perak dan gangsa. Pemenang "Anugerah Inovasi Global", iaitu kehormatan yang paling cemerlang dalam senario global justeru terpilih dari enam pemenang pingat emas yang dinobatkan dalam "Anugerah Inovasi Projek" berdasarkan undian ahli panel juri.

Menurut penjelasan yang dibuat delegasi projek China itu, kilang konsep di bandar Yixing, provinsi Jiangsu yang memenangi anugerah tersebut, adalah sebuah projek tentang penaiktarafan loji rawatan air kumbahan tradisional ke infrastruktur yang mesra alam, terbuka kepada penduduk awam, serasi dengan landskap alam sekitar dan berfungsi sebagai tapak untuk penganjuran kempen-kempen kesedaran. Keistimewaannya sebagai kilang konsep moden yang mesra alam yang menekankan sumber boleh baharu sangat menonjol.

WWCE yang diadakan secara dwitahunan itu merupakan antara temasya yang terbesar di dunia dalam bidang air. Mengangkat tema "Membentuk Masa Depan Air Kita", WWCE 2024 merangkumi pelbagai topik termasuk pengurusan air, kitar semula air sisa, air minuman dan yang boleh dikitar semula, perancangan dan pengendalian perbandaran, tatakelola sumber air berskala besar dan sebagainya.

Video

Berita Berkaitan