欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Malaysia Jadi Negara Tetamu Kehormat CAEXPO ke-21

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 15 Ogos 2024

Buat kali ketiganya, Malaysia akan menjadi negara tetamu kehormat Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) untuk edisi yang ke-21 nanti, demikian dimaklumkan Sekretariat CAEXPO dan Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi, pada sidang media yang diadakan pada Rabu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Malaysia akan membawa sebanyak 150 syarikat tempatan untuk menyertai ekspo kali ini.

Jelas beliau, syarikat-syarikat tersebut akan mempamerkan produk makanan dan minuman, produk penjagaan diri dan kesihatan, selain turut mempromosikan pelancongan Malaysia.

Difahamkan, para pempamer Malaysia akan memanfaatkan pelbagai aktiviti sepanjang ekspo, sekali gus memperdalam kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara.

Wei Zhaohui, Setiausaha Agung Sekretariat CAEXPO, berkata bahawa ekspo kali ini akan mempamerkan keistimewaan serta kelebihan produk, industri dan ekonomi negara-negara ASEAN, mewujudkan peluang baru buat perusahaan dan membuka lembaran baru dalam kerjasama.

Video

Berita Berkaitan