欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Shenzhen Terima Kumpulan Pertama Durian Segar Malaysia

(CRI)Rabu 28 Ogos 2024

Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an pada pukul 3.09 pagi Isnin.

Kastam Shenzhen mengambil pelbagai inisiatif untuk memudahkan penghantaran bekalan berkenaan, antaranya termasuk perisytiharan kastam dilakukan lebih awal dan urusan berkaitan kutip tarif dipermudah.

Langkah sokongan turut diperkenal bagi memastikan prosedur pemeriksaan dan pelepasan kastam dilakukan dengan cepat selepas bekalan durian tiba di pintu sempadan.

Inisiatif berkenaan membolehkan durian segar diimport dari Malaysia terus sampai ke meja pengguna tempatan.

Penghantaran itu dilakukan selaras Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China yang dimeterai kedua-dua negara pada Jun.

Kini, jumlah keseluruhan perbelanjaan pasaran durian di China mencecah kira-kira 50 bilion yuan (RM30.45 bilion) saban tahun dengan kadar pertumbuhan tahunan sehingga 20 peratus.

Video

Berita Berkaitan