欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Syarikat Tersenarai China Pamer Operasi Stabil untuk Separuh Pertama 2024

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 03 September 2024

Data keluaran Persatuan Syarikat Awam China menunjukkan bahawa syarikat yang tersenarai di pasaran saham kategori A China mengekalkan operasi yang stabil pada separuh pertama (H1) tahun itu, lapor agensi berita Xinhua pada Isnin.

Menurut persatuan itu, penyata kewangan bagi 5,340 firma menunjukkan bahawa hasil operasi gabungan syarikat tersenarai mencecah RMB34.89 trilion (kira-kira RM21.4 juta) dalam tempoh tersebut, manakala keuntungan bersih berjumlah RMB3.13 trilion.

Difahamkan, antara firma yang telah mengeluarkan penyata kewangan mereka, sejumlah 3,032 daripadanya melaporkan pertumbuhan hasil, manakala 4,141 daripada firma ini mencapai keuntungan pada separuh pertama 2024.

Syarikat tersenarai terus meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) kedua-dua teknologi baharu dan produk baharu dalam tempoh ini.

Untuk rekod, jumlah pelaburan R&D masing-masing telah meningkat sebanyak 1.3 peratus tahun ke tahun kepada RMB750 bilion yuan.

Video

Berita Berkaitan