欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Sampaikan Perutusan Tahniah kepada Kim Jong Un Sempena Hari Kebangsaan Ke-76 DPRK

(CRI)Isnin 09 September 2024

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Setiausaha Agung Parti Rodong Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong Un sempena ulang tahun ke-76 Hari Kebangsaan DPRK hari ini.

Xi menyatakan keyakinan bahawa rakyat DPRK pasti dapat melakar pencapaian baharu dan lebih besar dalam proses memperjuangkan matlamat pembangunan negara sosialis ala DPRK di bawah kepimpinan Parti Rodong yang diketuai oleh Setiausaha Agung.

Beliau menegaskan lagi, China dan DPRK merupakan negara jiran dengan persahabatan tradisional yang kekal lama.

"Tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan DPRK dan ‘Tahun Persahabatan China-DPRK’.

“Pada era dan situasi baharu, China akan terus meletakkan hubungannya dengan DPRK dari perspektif strategik untuk jangka masa panjang, dan komited memperkukuh komunikasi strategik, penyelarasan dan kerjasama dengan DPRK bagi memelihara, mengeratkan dan mengembangkan hubungan persahabatan dan kerjasama tradisional antara kedua-dua negara, memperjuangkan matlamat pembangunan negara sosialis demi kesejahteraan rakyat, sekali gus menyumbang kepada kedamaian, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau, malah dunia ,” kata beliau.

Video

Berita Berkaitan