欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah kepada CIFTIS

(CRI)Khamis 12 September 2024

Presiden China, Xi Jinping hari ini mengutus surat tahniah kepada Ekspo Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2024 yang membuka tirainya pada hari yang sama.

Xi menyatakan bahawa CIFTIS 2024 yang merupakan edisi ke-10 itu, boleh menggambarkan pembangunan industri perkhidmatan dan perdagangan perkhidmatan China yang berkualiti tinggi, dan juga akan menyumbang kepada pembentukan ekonomi dunia yang terbuka.

"China akan terus memperkasa pembangunan yang berkualiti melalui peningkatan tahap keterbukaan dari segi institusi, merancakkan perdagangan perkhidmatan yang inovatif, meningkatkan keserasian dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang berspesifikasi tinggi, secara bertahap membuka pasaran perkhidmatan kepada luar, dan memperbaiki fungsi platform industri perkhidmatan dan perdagangan perkhidmatan yang terbuka kepada luar yang dipercayai kondusif bagi pembentukan landskap perniagaan yang berorientasikan pasaran, bertaraf dunia dan berdasarkan penguatkuasaan undang-undang," kata Xi.

"China bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara lain menyesuaikan diri dengan trend globalisasi, berkongsi peluang, melakukan perbincangan tentang kerjasama, menggalakkan pembangunan, dan memacu pertumbuhan ekonomi dunia demi kesejahteraan rakyat," tambah beliau.

CIFTIS 2024 anjuran bersama Kementerian Perdagangan dan pihak berkuasa tempatan di bandar Beijing mengangkat tema "Global Services, Shared Prosperity".

Video

Berita Berkaitan