欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Hainan Percepat Sambung Kerja Pasca Taufan Super

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 12 September 2024
Hainan Percepat Sambung Kerja Pasca Taufan Super
Seorang kakitangan mengangkut bagasi yang didaftar masuk oleh penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Meilain Haikou, provinsi Hainan, selatan China, 11 September 2024. (Xinhua/Pu Xiaoxu)

Kerja di hampir 70 tapak projek yang sedang dalam pembinaan di Hainan, provinsi pulau di selatan China, telah disambung semula pasca Taufan Super Yagi, maklum kerajaan tempatan pada Rabu.

Tinjauan awal menunjukkan sebanyak 1,979 daripada 2,860 projek yang sedang dibina di seluruh pulau tersebut telah disambung semula setakat Selasa.

Kerajaan provinsi telah berjanji untuk membantu lebih 90 peratus syarikat di taman perindustrian utama yang tidak begitu teruk terjejas ekoran taufan agar mereka dapat menyambung pengeluaran sebelum 15 September. Sasaran mereka ialah lebih 95% kegiatan pengeluaran disambung semula di taman-taman utama sebelum 25 September.

Yagi mendarat di Hainan pada minggu lepas, mengakibatkan kerosakan di merata pulau tersebut.

Penumpang mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Meilain Haikou, provinsi Hainan, selatan China, 11 September 2024. (Xinhua/Pu Xiaoxu)
Orang membeli-belah di sebuah kedai di Haikou, provinsi Hainan, selatan China, 11 September 2024. (Xinhua/Pu Xiaoxu)
Foto dron ini menunjukkan kakitangan memasang siling sebuah kilang udang goreng di Wenchang, provinsi Hainan, selatan China, 10 September 2024. (Xinhua/Yang Guanyu)
Seorang kakitangan bekerja di sebuah tapak pembinaan di Haikou, provinsi Hainan, selatan China, 11 September 2024. (Xinhua/Zhang Liyun)

Video

Berita Berkaitan