欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Seru Lagi Lindungi Keamanan di Laut Merah

(CRI)Jumaat 13 September 2024

Kumpulan bersenjata Houthi diseru menghormati hak kapal perniagaan pelbagai negara belayar di perairan Laut Merah, menghentikan serangan dan melindungi keamanan di perairan terbabit.

Demikian dinyatakan Naib Wakil China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang pada sesi terbuka Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis.

Menurut beliau, tangki minyak Sounion yang mengalami serangan di perairan Laut Merah serta kebocoran minyak mentah akibat serangan terbabit dan pengaruhnya terhadap ekologi sudah dalam perhatian China.

Saluran politik dan diplomatik patut diutamakan bagi penyelesaian isu Yaman. China menyokong jasa baik yang dilakukan Utusan Khas PBB bagi Isu Yaman, Hans Grundberg, menanti-nantikan pihak berkenaan memainkan peranan konstruktif, dan menyeru kerajaan Yaman dan kumpulan Houthi bersama-sama mendorong dan melaksanakan perjanjian yang sudah dicapai dalam bidang kewangan dan penerbangan.

Geng mendesak lagi bahawa resolusi UNSC yang terkait dengan itu itu patut dilaksanakan secara menyeluruh dan gencatan senjata segera diwujudkan di Semenanjung Gaza untuk suatu jangka masa yang panjang.

Video

Berita Berkaitan