欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Lipat Ganda Usaha untuk Dorong Permintaan Domestik

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 20 September 2024

Pengguna sedang memilih susu di sebuah pasar raya di Nanjing, ibu kota Provinsi Jiangsu pada 12 Jun 2024. (Foto Su Yang/Xinhua)

Pengguna sedang memilih susu di sebuah pasar raya di Nanjing, ibu kota Provinsi Jiangsu pada 12 Jun 2024. (Foto Su Yang/Xinhua)

Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara (NRDC) pada Khamis memaklumkan sedang melipatgandakan usaha untuk merangsang pelaburan dan penggunaan bagi mendorong permintaan tempatan, lapor agensi berita Xinhua.

Memetik kenyataan jurucakapnya, Jin Xiandong, NRDC akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memberi panduan dan memacu pelaburan sosial, sambil menggalakkan entiti perniagaan swasta menyertai projek-projek utama negara.

Menurut Xinhua, NRDC akan menawarkan lebih banyak projek berkualiti tinggi kepada pelabur swasta, mempromosi kerjasama pelaburan kerajaan-swasta secara berhemat, dan mempercepat pengeluaran amanah pelaburan hartanah secara berkala bagi merangsang lagi pelaburan swasta.

Ketika menyentuh mengenai ransangan penggunaan, Jin berkata bahawa NRDC selaku perancang ekonomi akan berpegang teguh kepada dasar ‘pekerjaan didahulukan’ dan menerokai langkah-langkah untuk menambah pendapatan, sekali gus meningkatkan kuasa membeli rakyat.

Katanya, NRDC akan turut memaksimumkan penggunaan bon perbendaharaan khas ultra panjang untuk menyokong pertukaran masuk barangan pengguna, selain menggalakkan penggunaan perkhidmatan dalam sektor seperti budaya dan pelancongan, pendidikan, penjagaan kesihatan, serta penjagaan warga emas dan kanak-kanak.

Mengambil data yang dikeluarkan Biro Statistik Negara (NBS), jualan runcit barangan pengguna menyaksikan peningkatan 2.1 peratus dari tahun ke tahun pada Ogos, sekali gus memperlihatkan pemulihan yang stabil dalam pasaran pengguna China.

Terdahulu, NBS mengeluarkan data yang menunjukkan indeks harga pengguna meningkat 0.6 peratus dari tahun ke tahun pada bulan lalu, dan menaik 0.5 peratus berbanding Julai.

Video

Berita Berkaitan