欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Mainkan Kelebihan CPPCC dalam Promosi Demokrasi - Xi

(CRI)Ahad 22 September 2024

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) mengadakan perhimpunan di Beijing pada Jumaat, meraikan ulang tahun ke-75 penubuhan CPPCC.

Setiausaha Agung Jawatankusa Pusat PKC, Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Xi Jinping menghadiri perhimpunan tersebut dan menyampaikan ucapan penting.

Beliau menyatakan, kita perlu mengukuhkan keyakinan dari aspek perjalanan, teori, sistem dan budaya, memainkan kelebihan politik CPPCC dalam pembangunan demokrasi rakyat seluruh proses.

Xi berkata, demokrasi mesyuarat merupakan komponen penting dalam demokrasi rakyat seluruh proses. Ia adalah bentuk unik dan keunggulan istimewa dalam politik demokratik sosialis China.

Beliau berkata, menempuh perjalanan baharu pada era baharu, kita harus mempertahankan arah politik yang betul, menyelaraskan dan menyempurnakan sistem demokrasi mesyuarat, berusaha melengkapi mekanisme demokrasi mesyuarat, terus memperluas cara dan platform mesyuarat, membina secara aktif iklim dan syarat yang baik agar mendorong pembangunan demokrasi mesyuarat yang meluas dan di pelbagai peringat.

Video

Berita Berkaitan