欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pasaran Perisian Kenderaan China Melebihi RMB65 Bilion

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 23 September 2024

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa pasaran perisian kenderaan China kini bernilai lebih RMB65 bilion (sekitar RM38.86 bilion), sekali gus meliputi 30 peratus daripada pasaran perisian negara itu.

Difahamkan, laporan terhadap pembangunan tenaga produktif kualiti baharu untuk industri automobil China itu diterbitkan secara bersama oleh Syarikat Institut Penyelidikan Kejuruteraan Automotif China dan Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China, serta dikeluarkan pada Jumaat semasa Forum Tenaga Produktif Kualiti Baharu Automobil di Chongqing.

Naib ketua jurutera Persatuan Pengilang Automobil China, Xi Haidong berkata bahawa sekarang sudah memasuki fasa kedua bagi pembangunan industri kereta yang menampilkan teknologi pintar dengan perisian, sistem operasi dan cip kereta sebagai teras.

Tambah beliau, perisian kenderaan boleh menguruskan keseluruhan kereta secara tepat termasuk fasiliti, pemanduan dan kebolehan komunikasinya.

Untuk rekod, Xinhua turut menyebut bahawa laporan itu menunjukkan bahawa kadar cip automobil sedang meningkat khususnya apabila syarikat seperti Huawei sedang membuat kemajuan dalam pembangunan cip.

Kini, kadar penyetempatan semikonduktor kuasa telah meningkat kepada 15 peratus hingga 20 peratus.

Memetik laporan itu lagi, industri automobil merupakan salah satu tonggak utama ekonomi China, dengan keluaran kasar keseluruhan rantaian industri kereta menyumbang 10 peratus kepada keluaran dalam negara kasar.

Video

Berita Berkaitan