欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Industri Penerbitan Digital China Bertumbuh Pesat pada 2023

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 23 September 2024

Para penulis menghadiri Persidangan Meja Bulat Penulis Global semasa Minggu Kesusasteraan Antarabangsa Shanghai kedua di Shanghai, timur China pada 6 Disember 2023. (Foto oleh China Literature Limited melalui Xinhua)

Para penulis menghadiri Persidangan Meja Bulat Penulis Global semasa Minggu Kesusasteraan Antarabangsa Shanghai kedua di Shanghai, timur China pada 6 Disember 2023. (Foto oleh China Literature Limited melalui Xinhua)

Skala industri penerbitan digital China berjaya mencecah RMB1.618 trilion (AS$228.89 bilion) pada 2023, sekali gus menyaksikan peningkatan 19.08 peratus dari tahun ke tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Akademi Akhbar dan Penerbitan China (CAPP), menjelang penghujung 2023, angka pembaca kesusasteraan dalam talian China telah memperbaharui rekod tertinggi baharu iaitu 537 juta.

Pada masa sama, skala pasaran antarabangsa untuk kesusasteraan China secara dalam talian pula melepasi angka RMB4 bilion, secara tidak langsung meliputi lebih daripada 200 negeri dan kawasan

Untuk rekod, laporan ini telah dikeluarkan oleh CAPP itu telah dikeluarkan sempena Ekspo Penerbitan Digital Antarabangsa China ke-14 pada Sabtu di Haikou, Provinsi Hainan.

Bagi Wei Yushan, iaitu ketua CAPP di ekspo itu menyatakan bahawa budaya tradisional telah menjadi elemen tema penting dalam pelbagai bentuk budaya dalam talian Cina, termasuk kesusasteraan dan animasi dan permainan.

Video

Berita Berkaitan