欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Perhatian Xi pada Pertanian

(CRI)Rabu 25 September 2024

China akan berusaha meningkatkan keefisienan pertanian, membantu kaum tani menjana pendapatan dan mencetuskan dinamika di kawasan luar bandar sehingga menjadikan setiap petani relevan dengan manfaat berkenaan.

Demikian ditegaskan pemimpin negara China, Xi Jinping ketika menyampaikan tahniah kepada kaum tani dan mereka yang berkecimpung dalam pertanian sempena Hari Menuai yang jatuh pada 22 September 2024, atau edisi yang ke-7 di peringkat kebangsaan China.

"Pertanian adalah jaminan bagi keselamatan nyawa, hidup dan negara. Memastikan bekalan bijirin dan produk pertanian utama terjamin sentiasa merupakan keutamaan yang utama dalam memangkin agenda pemerkasaan negara dalam bidang pertanian. Kekuatan negara tidak terlepas daripada kekuatan pertanian, keindahan negara tidak terlepas daripada keindahan desa, dan kekayaan negara tidak terlepas daripada kekayaan kaum tani," kata Xi.

Beliau menjelaskan, jika penduduk kampung yang berpopulasi 400 juta ditinggalkan dalam proses modenisasi, akan terbentuk landskap negara yang menonjolkan kemakmuran bandar dan kemerosotan desa, yang pasti tidak selaras dengan manifesto Parti Komunis China selaku parti pemerintah dan matlamat yang diperjuangkan negara sosialis. Oleh itu, beliau meletakkan usaha memperkukuh asas pertanian dan mendorong pembangunan desa secara menyeluruh sebagai keutamaan yang utama dalam tata kelola yang berorientasikan modenisasi ala China.

Menurut statistik, pada 75 tahun lalu sejak Republik Rakyat China ditubuhkan, penghasilan bijirin China berganda enam kali dari 113.2 bilion kilogram pada 1949 kepada 695.4 bilion kilogram pada 2023. Khususnya pada sedekad lalu, jumlah itu kekal berada di paras 650 bilion kilogram ke atas setiap tahun.

Video

Berita Berkaitan