欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pusat Kerjasama Timbang Tara Komersial China-ASEAN Mula Beroperasi

(CRI)Rabu 02 Oktober 2024

Majlis buka tirai plak untuk Pusat Kerjasama Timbang Tara Komersial China-ASEAN telah diadakan semasa berlangsungnya Forum Undang-undang Komersial China-ASEAN di bandar Nanning wilayah Guangxi, menurut Kementerian Kehakiman China baru-baru ini.

Dilaporkan, pusat yang disokong bersama oleh pihak berkuasa tempatan Guangxi dan Kementerian Kehakiman China, dicadangkan oleh Persatuan Timbang Tara Guangxi dan ditubuhkan bersama oleh persatuan itu dengan institusi timbang tara, agensi perkhidmatan undang-undang, persatuan perniagaan dan kumpulan pemikir universiti dari China dan negara-negara ASEAN tersebut, merupakan satu platform komunikasi dan kerjasama untuk urusan timbang tara komersial antarabangsa yang bersifat non-profit.

Pusat ini bertujuan untuk memperkasa pertukaran dan kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN dalam bidang timbang tara, menggalakkan pembentukan mekanisme kolaborasi China-ASEAN mengenai hal ehwal timbang tara komersial, mendorong penyelesaian pertikaian komersial melalui saluran yang pelbagai, memudahkan pengoperasian pasaran, sekali gus menyediakan perkhidmatan dan jaminan timbang tara yang berkualiti tinggi, berkecekapan tinggi dan profesional kepada pertukaran China-ASEAN dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta pembangunan ekonomi serantau.

Terdapat 11 institusi yang merupakan penaja kumpulan pertama yang terlibat dalam penubuhan pusat ini termasuk Persatuan Timbang Tara Guangxi, Persatuan Undang-undang ASEAN, dan Institut Penyelesaian Pertikaian Alternatif Asia.

Video

Berita Berkaitan