欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Ulang Tahun ke-70 XPCC: Delegasi Pusat Tinjau di Bandar Shihezi

(CRI)Selasa 08 Oktober 2024

Naib Perdana Menteri China, He Lifeng mengetuai satu delegasi pusat membuat tinjauan di bandar Shihezi yang merupakan tapak penempatan divisyen ke-8 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang (XPCC) pada petang Isnin.

Delegasi pusat itu telah melawat Muzium Reklamasi XPCC dan mendapat pendedahan tentang sumbangan penting XPCC dalam memacu pembangunan Xinjiang, mengukuhkan perpaduan antara pelbagai etnik, serta memelihara kestabilan sosial dan kawalan sempadan.

Selepas itu, delegasi pusat itu mengadakan tinjauan ke Xinjiang Tianye (Group) Co., Ltd..

He Lifeng mendengar taklimat mengenai keadaan inovasi dalam bidang sains dan teknologi serta pembangunan perindustrian baharu syarikat tersebut, dan mendapat maklumat tentang pengeluaran dan pengoperasian yang terbabit.

Beliau menyatakan, XPCC perlu terus mendorong perkembangan yang dipacu inovasi, mempercepat perkembangan kuasa produktif berkualiti baharu dengan memanfaatkan sumber asli tempatan, dan menggalakkan pembangunan ke arah berkualiti tinggi dengan memupuk momentum baharu dalam kluster industri yang berunsurkan sains dan teknologi.

Video

Berita Berkaitan