欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Sokong Usaha Martabatkan Peranan PBB

(CRI)Selasa 08 Oktober 2024

China sentiasa mempertahankan amalan multilateralisme dan menyokong usaha bagi memelihara peranan PBB, malah bersedia bersama-sama pelbagai pihak untuk memartabatkan peranan PBB, dan menterjemahkan komitmen politik "Pact for the Future" di peringkat pelaksanaan demi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Demikian dinyatakan oleh wakil tetap China di PBB, Fu Cong ketika menyampaikan ucapan dalam sesi perbahasan Perhimpunan Agung PBB yang bertemakan "melaksanakan pencapaian mesyuarat penting PBB, meningkatkan dan membaharui sistem PBB".

Menurut Fu, rakyat pelbagai negara bersama menyeru agar landskap yang lebih adil, selamat, makmur dan berterusan boleh wujud di dunia ini, dan menantikan PBB boleh memainkan peranan utama.

Fu berkata, China menyeru negara-negara maju agar mengambil peluang sepanjang proses pelaksanaan "Pact for the Future" untuk memikul tanggungjawab pada detik sejarah ini termasuk memberi bantuan pembangunan dan melakukan pembiayaan yang terkait dengan isu iklim, dalam erti kata lain mengambil tindakan yang tulen dan menunjukkan kesungguhan dalam memberi bantuan kepada negara-negara membangun untuk mengatasi kesukaran.

Video

Berita Berkaitan