欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Cuti Hari Kebangsaan China: Penumpang Kereta Api 100 Juta Lebih

(CRI)Ahad 06 Oktober 2024

Seramai 17.54 juta penumpang dilaporkan telah menggunakan perkhidmatan pengangkutan kereta api di seluruh China pada 4 Oktober, iaitu kekal berada di atas paras 17 juta selama lima hari secara berturut-turut, menurut Syarikat Kumpulan Landasan Kereta Api Kebangsaan China (China Railway) semalam.

Ketibaan penumpang kereta api di seluruh negara mencatat 105 juta sejak bermulanya 'Minggu Emas' sambutan Hari Kebangsaan ke-75 Republik Rakyat China pada 29 September lalu, yang disusuli operasi harian yang rapi dan teratur.

Aliran penumpang kereta api kekal berada di paras yang tinggi pada 5 Oktober berikutan peningkatan pengembaraan yang berjarak pendek dan sederhana. Ketibaan penumpang dijangka mencecah 17.95 juta, disokong oleh perkhidmatan kereta api sebanyak 947 unit yang baru ditambah dalam operasi harian.

Menurut petugas Bahagian Pengangkutan Penumpang China Railway, aliran penumpang kereta api dijangka kekal berada di paras yang tinggi sepanjang ‘Minggu Emas’ Hari Kebangsaan China 2024. Sebelum ini, China Railway sudah memilih melaksanakan jadual operasi yang sesuai dengan musim puncak, meningkatkan penyelarasan antara penggunaan kereta api berkelajuan tinggi dengan pengangkutan yang berkelajuan sederhana, dan berusaha memastikan kelangsungan dan kelancaran dalam pengendalian kereta api penumpang sebanyak lebih 12 ribu unit setiap hari.

Video

Berita Berkaitan