欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Serangan Keganasan di Pakistan: 2 Warga China Terbunuh 1 Cedera

(CRI)Isnin 07 Oktober 2024

Dua kakitangan China terbunuh, seorang lagi cedera, dan terdapat juga sejumlah kakitangan Pakistan maut atau cedera dalam serangan keganasan yang menyasarkan konvoi Syarikat Kuasa Elektrik Pelabuhan Qasim yang berkaitan dengan pelaburan China, di tempat yang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.

Kedutaan Besar dan Konsulat Jeneral China di Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas tersebut dan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa kedua-dua negara dan menyatakan rasa simpati yang tulus kepada kakitangan yang tercedera dan keluarga mereka. Pihak China sedang berusaha bersama-sama dengan pihak Pakistan untuk mengendalikan urusan selepas insiden itu.

Kedutaan Besar dan Konsulat Jeneral China di Pakistan juga segera melancarkan kerja kecemasan, meminta pihak Pakistan berusaha sedaya upaya untuk memberi rawatan kepada mereka yang cedera, menyiasat serangan itu secara menyeluruh untuk mengheret suspek ke muka pengadilan, dan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menjamin keselamatan warga negara, institusi dan projek China di negaranya.

Video

Berita Berkaitan