欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Kutuk Keras Bantuan Ketenteraan AS kepada Taiwan

(CRI)Rabu 09 Oktober 2024

China mengutuk sekeras-kerasnya dan menyuarakan bantahan tegas terhadap bantuan ketenteraan yang disalurkan Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan yang merupakan sebahagian wilayah China.

Demikian kata jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian sebagai respons terhadap keputusan AS baru-baru ini yang memberi bantuan ketenteraan bernilai kira-kira USD567 juta (RM2.429 bilion) kepada Taiwan, terutamanya untuk projek latihan, anti-perisai dan dron.

Wu berkata, tindakan AS yang berdegil memberikan bantuan ketenteraan kepada Taiwan tanpa mempedulikan bantahan tegas pihak China dilihat sebagai pelanggaran terhadap prinsip Satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.

“Tindakan AS itu menjadikan kedaulatan dan kepentingan keselamatan China serta keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan terjejas teruk.

“Perkara yang perlu ditekankan adalah tindakan mempersenjatai Taiwan justeru sokongan kepada ‘kemerdekaan Taiwan’, yang akan membawa makna peperangan.

“Mereka yang mahu mengekang pembangunan China dengan mengeksploitasi isu Taiwan boleh diingati dengan satu pepatah, 'tepuk air di dulang, terpericik ke muka sendiri'.

“Kami (China) menggesa pihak AS menghentikan tindakan main talam dua muka ketika berkomunikasi dengan China dalam isu Taiwan, dan menghentikan tindakan yang mempersenjatai Taiwan bagi mengelakkan sabotaj selanjutnya terhadap hubungan negara dan hubungan ketenteraan kedua-dua pihak,” kata jurucakap itu.

Video

Berita Berkaitan