欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Menteri Luar China, Jepun Bincangkan Hubungan Dua Hala

(CRI)Khamis 10 Oktober 2024

Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi rakan sejawatnya dari Jepun, Takeshi Iwaya melalui telefon pada Rabu.

Takeshi Iwaya menyatakan bahawa kabinet baharu Jepun bersedia meningkatkan hubungan strategik saling untung antara Jepun dengan China, serta komited untuk membina hubungan dua hala yang membina dan stabil.

Beliau berkata, kerjasama antara Jepun dan China mempunyai potensi besar dalam pelbagai sektor. Pihaknya bersedia untuk merapatkan komunikasi di pelbagai peringkat dengan China, menyelesaikan isu-isu tertunggak melalui perundingan, selain membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Menurut Takeshi Iwaya, dalam menghadapi situasi antarabangsa yang bergelora, kabinet baharu Jepun komited untuk mempromosikan diplomasi melalui dialog dan penyelarasan, dan bersedia bekerjasama dengan China untuk mempergiat kerjasama dan memberi sumbangan yang lebih besar demi mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau serta menghadapi cabaran global.

Wang Yi menghargai isyarat positif yang dikeluarkan oleh kabinet baharu Jepun dan Menteri Luar Takeshi Iwaya sejak memegang jawatan untuk memantapkan hubungan kedua-dua negara.

Beliau menekankan bahawa China berharap Jepun akan mematuhi komitmen politiknya dalam isu Taiwan, berpegang teguh pada prinsip satu China, membina pandangan yang objektif, rasional, positif dan mesra terhadap China, dan menjadikan konsensus "rakan kongsi dan tidak menimbulkan ancaman antara satu sama lain" menjadi tindakan praktikal.

Video

Berita Berkaitan