欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Tunisia yang Melanjutkan Tempoh Perkhidmatan

(CRI)Khamis 10 Oktober 2024

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada Kais Saied yang menang dalam pilihan raya dan berjaya melanjutkan tempoh perkhidmatan sebagai Presiden Tunisia pada Rabu.

Xi menyatakan, persahabatan tradisional mendalam antara China dengan Tunisia.

“Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara di bawah kepimpinan dan bimbingan kami kedua-dua orang, telah menyaksikan perkembangan hubungan bilateral yang sihat dan stabil, serta pertukaran dan kerjasama yang produktif dalam pelbagai bidang.

“Anda berjaya mengadakan lawatan rasmi ke China pada bulan Mei lalu, dan kami bersama-sama mengumumkan pembentukan perkongsian strategik antara China dan Tunisia, yang dipercayai akan melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang baharu.

“Saya menumpukan kepada perkembangan hubungan China-Tunisia dan bersedia bekerjasama dengan anda untuk mengambil peluang daripada ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun ini untuk terus menyuburkan persahabatan, memperhebat pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, dan menggalakkan perkongsian strategik China-Tunisia berkembang dengan mantap untuk jangka masa panjang,” kata beliau.

Video

Berita Berkaitan