欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pusat Cuaca Angkasa China Ramal Ribut Geomagnet

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 11 Oktober 2024

Foto bertarikh 12 Ogos 2024 ini memaparkan hujan meteor Perseids dan aurora di atas Sungai Songhua di bandar Jiamusi, provinsi Heilongjiang, timur laut China. (Foto oleh Qu Yubao/Xinhua)

Foto bertarikh 12 Ogos 2024 ini memaparkan hujan meteor Perseids dan aurora di atas Sungai Songhua di bandar Jiamusi, provinsi Heilongjiang, timur laut China. (Foto oleh Qu Yubao/Xinhua)

Ribut geomagnet diramalkan berlaku dalam masa tiga hari ini dengan kemungkinan aurora dapat dilihat di utara China, menurut Pusat Cuaca Angkasa Negara China pada Khamis.

Pusat tersebut memaklumkan bahawa bumi mungkin mengalami ribut geomagnet yang kuat bermula malam Khamis hingga malam Jumaat. Jika tiada aktiviti suria lain berlaku, terdapat kemungkinan fenomena ini berlanjutan hingga Sabtu.

Ramalan ini berpandukan satu siri nyalaan suria yang kuat pada awal minggu ini, termasuk dua letusan kelas-X pada Selasa dan Rabu. Nyalaan suria diukur berdasarkan kekuatan, dengan kelas-A paling lemah, diikuti B, C dan M, serta X yang paling kuat.

Ribut sedemikian secara umumnya tidak memberikan kesan kepada kesihatan manusia, tetapi biasanya akan menyebabkan berlaku fenomena aurora.

Ekoran ribut geomagnet yang dijangka berlaku, aurora berwarna-warni akan dapat dilihat bermula malam Khamis, maklum pusat tersebut.

Video

Berita Berkaitan