欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Cakna terhadap Pembangunan Fujian

(CRI)Jumaat 18 Oktober 2024

Presiden Xi Jinping membuat tinjauan ke provinsi Fujian di tenggara China dari 15 hingga 16 Oktober.

Ini merupakan kali kedua beliau menjejakkan kaki ke wilayah itu dalam tempoh tiga tahun.

Fujian kaya dengan pelbagai sumber marin serta mempunyai kemudahan pengangkutan yang maju melibatkan darat, laut dan udara.

Provinsi Fujian berstatus maju dalam ekonomi swasta, dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita menduduki tempat keempat dalam negeri.

Ia merupakan zon rintis pembangunan tamadun ekologi pertama di China, dengan litupan kawasan berhutan melebihi kadar 65 peratus sehingga digelar 'wilayah paling hijau di China'.

Di kampung Aojiao, bandar Zhangzhou, tempat itu kini berwajah baharu selepas beralih kepada model baharu pembangunan industri perikanan yang didorong oleh kerancakan 'inap desa tepi laut' dan 'e-dagang makanan laut'.

Pada 2023, pendapatan keseluruhan kampung itu dicatat sebanyak 1.73 juta yuan (RM2.86 juta) dan pendapatan boleh guna per kapita mencecah 58,000 yuan (RM95,882).

Mengakhiri lawatan di Zhangzhou, Presiden Xi meneruskan tinjauan ke zon rintis perdagangan bebas Xiamen.

Dilancar pada April 2015, zon berkenaan memperkenalkan sebanyak 606 langkah inovatif dan 142 daripadanya merupakan rintisan dalam negeri.

Tinjauan Xi kali ini menjadi galakan kepada wilayah itu supaya mempertingkat usaha ke arah membina Fujian baharu bercirikan mekanisme dinamik, perindustrian dinaik taraf, masyarakat makmur dan persekitaran yang indah.

Video

Berita Berkaitan