欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Sasarkan Pendaratan Angkasawan di Bulan Menjelang 2030

(CRI)Selasa 29 Oktober 2024

China telah menyasarkan matlamat menghantar angkasawan negaranya mendarat di Bulan menjelang tahun 2030, dan sudah memastikan pelbagai projek berkenaan berjalan lancar secara menyeluruh.

Demikian didedahkan dalam satu sidang akhbar melibatkan misi penerbangan bermanusia Shenzhou-19 di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pagi tadi.

Kini, pembuatan produk sampel dan ujian berkenaan di Bumi melibatkan roket pengangkut Long March-10, kapal pembawa angkasawan Mengzhou, alat pendarat permukaan Bulan Lanyue, sut angkasawan untuk kegunaan mendarat Bulan dan kenderaan Bulan pembawa angkasawan, dilaporkan berlangsung mengikut jadual. Sebelum ini, ujian besar-besaran termasuk airdrop komprehensif kapal angkasa lepas dan perpisahan karbin alat pendarat telah diselesaikan.

Dimaklumkan lagi bahawa pelan induk telah ditetapkan berhubung ujian penerbangan sebelum membawa angkasawan, dan matlamat pengajian sains serta muatan sampingan tentang misi pendaratan Bulan buat kali pertama.

Pada masa yang sama,pelbagai sistem yang beroperasi di Bumi seperti tapak pelancaran, telekomunikasi ujian dan pengendalian serta tapak mendarat pun berada dalam pembinaan yang teratur.

Video

Berita Berkaitan