欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Senarai Kru Shenzhou-19 Diumumkan

(CRI)Rabu 30 Oktober 2024

Angkasawan Cai Xuzhe, Song Lingdong dan Wang Haoze akan menjalankan misi penerbangan kapal angkasa lepas Shenzhou-19, menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA) pada sidang media pada Selasa.

Kapal angkasa lepas Shenzhou-19 akan dilancarkan pada pukul 4.27 pagi 30 Okt (waktu Beijing) dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.

Antara tiga angkasawan itu, Cai Xuzhe yang pernah menjalankan misi Shenzhou-14 pada 2022 akan menjadi ketua kru itu. Song Lingdong dan Wang Haoze yang dilahirkan pada 1990-an adalah kali pertama menjalanlan misi di angkasa lepas.

Sebelum menjadi angkasawan, Song adalah juruterbang tentera udara, sementara Wang ialah jurutera kanan yang berkhidmat di Akademi Teknologi Pendorongan Aeroangkasa di bawah Syarikat Sains dan Teknologi Aeroangkasa China.

Misi Shenzhou-19 adalah misi ke-4 bagi stesen angkasa lepas China pada peringkat aplikasi dan pembangunan, dan juga misi penerbangan kali ke-33 projek penerbangan angkasa lepas bermanusia China.

Ketiga-tiga angkasawan Shenzhou-19 dijadual kembali ke tapat pendaratan Dongfeng di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada penghujung April atau awal Mei tahun depan, kata CMSA.

Video

Berita Berkaitan