欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Presiden China, UAE Tukar Ucapan Tahniah Ulang Tahun ke-40 Hubungan Rasmi

(CRI)Jumaat 01 November 2024

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohammed bin Zayed al-Nahyan telah bertukar perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara hari ini.

Xi menyatakan bahawa China dan UAE adalah sahabat baik yang saling mempercayai dan rakan kongsi yang mengejar kerjasama yang menang-menang. Konsensus penting telah dicapai bagi menetapkan arah perkembangan hubungan dua hala semasa Presiden Mohammed mengadakan lawatan di China pada bulan Mei lalu.

Xi turut menyatakan kesediaan bersama Presiden Mohammed berusaha mendorong perkongsian strategik komprehensif China-UAE berkembang ke tahap lebih tinggi demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara sekali gus dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada kedamaian dan kestabilan serantau dan dunia.

Mohammed pula menyampaikan tahniah dan memberi restu kepada Xi semoga kedua-dua negara terus berkembang dan makmur, dan menambah kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang. Pihaknya sentiasa komited memperkukuh dan mengembangkan perkongsian strategik komprehensif demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Qiang dan Naib Presiden merangkap Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum pun bertukar ucapan tahniah pada saat meraikan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang usianya sudah genap 40 tahun.

Video

Berita Berkaitan