欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Majukan Hubungan China-Itali pada Era Baharu - kata Li Xi

(CRI)Selasa 05 November 2024

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Li Xi mengetuai rombongan parti melawat ke Itali pada 30 Okt hingga 2 Nov.

Dalam rangka lawatan atas Dewan Senat Itali itu, Li telah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Senat Ignazio La Russa dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Antonio Tajani di Rom.

"China dan Itali ialah negara tamadun kuno. Walaupun berjauhan beribu batu, kedua-dua ini disambung oleh Jalan Sutera sejak zaman purba," kata Li.

Beliau berkata, bersempena dengan ulang tahun ke-20 jalinan perkongsian strategik komprehensif China-Itali pada tahun ini, Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni mengadakan pertemuan di Beijing pada Julai lalu, menggariskan arah perkembangan hubungan dua hala pada masa hadapan.

"China dan itali harus melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan kesalingpercayaan politik, dan memegang kepada prinsip terbuka dan saling menang.

"Selain itu, kedua-dua negara harus meluaskan kerjasama saling menang, merapatkan pertukaran rakyat dengan rakyat, meningkatkan komunikasi dan koordinasi dalam mekanisme pelbagai hala, agar memajukan hubungan China-Itali pada era baharu," kata Li Xi.

Video

Berita Berkaitan