欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pempamer Malaysia Kongsi Pasaran China di CIIE

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 08 November 2024

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) berlangsung dari 5 hingga 10 November. Selaku Negara Kehormat CIIE, pavilion Malaysia di CIIE kali ini dilengkapi dua peti sejuk beku berisi aiskrim durian Musang King untuk disajikan kepada para tetamu.

Tahun-tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap durian meningkat dengan pesat di China. Memandangkan trend ini, Ps Ajmain Kasim, ketua pegawai teknologi syarikat durian Malaysia, DSR Taiko Berhad menzahirkan harapan untuk melebarkan lagi sayap syarikatnya di China menerusi peluang perniagaan ini.

Menurut Datuk Ng Yih Pyng, presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), sesetengah pempamer sudah tujuh tahun berturut-turut mengambil bahagian dalam CIIE. Produk dan perniagaan mereka telah maju seiring dengan penganjuran acara tahunan tersebut.

Moh Kee Enterprise, yang perniagaannya merangkumi seluruh rantaian industri sawang walet, menyertai CIIE untuk tujuh tahun tanpa putus. Jelas pengarah pemasarannya Calvin Ong Chang Yeow, dengan merumuskan pengalaman daripada setiap CIIE, Moh Kee telah menaiktarafkan produk sarang walet mereka kepada versi kering sejuk-beku yang lebih sesuai dengan gaya hidup orang muda masa kini.

Wang menaruh harapan agar kontrak syarikatnya dibaharui lagi tahun hadapan.

Menyentuh tentang peluang niaga yang ditawarkan oleh pasaran China, Ng Yih Pyng berasa amat optimistik. “Saya berharap pada masa depan, ACCCIM dapat membawa lebih banyak syarikat Malaysia ke China dan menikmati pasaran gergasi ini,” ujarnya.

Video

Berita Berkaitan