欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

CCG Keluar Kenyataan Berhubung Pulau Huangyan

(CRI)Isnin 11 November 2024

Pengawal Pantai China (CCG) berikrar terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang di perairan wilayah Pulau Huangyan serta perairan sekitarnya.

CCG menerusi kenyataan pada Ahad berkata Pulau Huangyan merupakan sebahagian daripada wilayah China.

China melaksanakan hak kedaulatan dan bidang kuasa terhadap pulau berkenaan secara berterusan, aman dan berkesan.

Filipina kerap kali menghantar kapal dan pesawat menceroboh masuk ruang udara dan laut berhampiran Pulau Huangyan. Tindakan seumpama secara serius mencabul kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China.

Malahan negara itu menghasut bot nelayannya melakukan kegiatan haram di lagun Pulau Huangyan sehingga menjejaskan ekosistem perairan berkenaan.

CCG mengulangi komitmen untuk memelihara orde di perairan terbabit, melindungi persekitaran ekologi dan sumber biologi serta mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim.

Video

Berita Berkaitan