欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Rusia Sepakat Pertingkat Koordinasi

(CRI)Rabu 13 November 2024

China dan Rusia mengadakan pusingan ke-19 rundingan keselamatan strategik tahunan di Beijing pada Selasa, menyaksikan konsensus baharu dicapai serta rasa saling percaya strategik diperkukuh.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat, Wang Yi dan Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia, Sergei Shoigu.

Kedua-dua pihak sepakat meningkatkan koordinasi, memelihara hubungan bilateral dan landskap pembangunan masing-masing serta bersama-sama menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan global.

Wang berkata dengan semakin rumitnya situasi antarabangsa serta banyaknya cabaran luaran, adalah mustahak kedua-dua negara memperkukuh solidariti dan kolaborasi serta mempertahankan kepentingan bersama.

Sementara itu, Shoigu memberi penekanan terhadap perlunya komunikasi dan pertukaran diteruskan oleh Rusia dan China dalam senario dunia berada dalam ketidaktentuan.

Video

Berita Berkaitan