欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Lapangan Terbang Daxing Beijing Kendali 4 Juta Penumpang Antarabangsa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 15 November 2024

Stesen pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing memaklumkan angka penumpang antarabangsa yang dikendalikannya telah melebihi 4 juta setakat Khamis.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, ia sekali gus menyaksikan kenaikan sekali ganda berbanding tempoh sama tahun terdahulu, serta mencapai kejayaan 47 hari lebih awal daripada jangkaan.

Pegawai pemeriksaan imigresen, Wu Nan berkata bahawa lonjakan angka tersebut didorong oleh faktor pasaran pelancongan yang memulih, pelaksanaan dasar bebas visa, dan pertambahan aktiviti pertukaran antarabangsa.

Melihat kepada statistik setakat 13 November, stesen tersebut telah memproses sejumlah 452,000 perjalanan pelancong asing, iaitu lebih daripada tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 142,000 daripadanya adalah perjalanan pelancong asing secara bebas visa, manakala 46,000 daripada memanfaatkan perkhidmatan bebas visa transit selama 144 jam.

Untuk rekod, lapangan terbang Daxing mengoperasikan penerbangan ke 43 destinasi di 25 negara dan wilayah di Eropah, Asia, dan Timur Tengah, selain turut mempunyai perancangan untuk mengembangkan jaringan syarikat penerbangan antarabangsanya.

Video

Berita Berkaitan