欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah Atas Permulaan Tempoh Perkhidmatan Kapal 'Mengxiang'

(CRI)Isnin 18 November 2024

Presiden China, Xi Jinping menghantar surat tahniah atas permulaan tempoh perkhidmatan kapal ‘Meng Xiang’ secara rasmi di bandar Guangzhou pada Ahad.

Dalam surat tahniah itu, Xi menyatakan, kejayaan ujian pelayaran di laut dan operasi rasmi kapal penggerudi buatan China yang pertama itu menandakan satu lagi langkah besar dalam memacu penyelidikan dan penerokaan laut dalam, serta satu pencapaian signifikan dalam memangkin agenda pemerkasaan negara dalam bidang maritim, sekali gus memperlihatkan sepenuhnya keyakinan diri dan semangat berdikari yang disemarakkan ahli sains China pada era baharu.

Xi menzahirkan harapan agar pekerja-pekerja yang terlibat memanfaatkan kapal yang dilengkapi banyak unsur sains dan teknologi tersebut, memperhebat inovasi maritim dan mengeratkan kerjasama antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada landskap modenisasi ala China dan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Untuk rekod, kapal penggerudi lautan dalam "Mengxiang" yang seberat 33 ribu tan itu bersesaran 42.6 ribu tan, mempunyai ketahanan pelayaran sebayak 15 ribu batu nautika, mampu melakukan penggerudian sedalam maksimum 11 ribu meter, dan boleh beroperasi di perairan tanpa had di setiap pelosok dunia.

Video

Berita Berkaitan